Naan Avan Illai
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia

2 posters

Go down

Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia Empty Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia

Post by Guest Fri Jan 11, 2008 7:33 am

Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia
10-01-2008 07:24:10 PM
SEREMBAN: Pelakon terkenal India, R. Sarathkumar berhasrat untuk mendalami ilmu mempertahankan diri di Malaysia selepas tertarik dengan suasana aman dan kepelbagaian budaya negara ini.

Sepanjang 45 hari pengambaran filem "1977 - History Rewritten" di Kuala Lumpur dan Melaka, beliau berasa amat gembira dengan sokongan dari kerajaan Malaysia, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Saya sangat gembira walaupun saya cedera ringan semasa melakukan satu aksi lasak semasa penggambaran semalam. Saya akan kembali semula ke negara ini pada sekitar Mac untuk penggambaran adegan melibatkan helikopter dan monorel," katanya kepada Bernama semasa meninjau pusat latihan karatedo Shorin-Ryu Seibukan di Seremban.

Pusat karate pimpinan mahaguru S. Venugopal itu sangat popular dalam kalangan masyarakat antarabangsa dan ini bukan kali pertama, pusat itu menerima pelajar dari luar negara dan penuntut kalangan aktor.

Sarathkumar, yang mempunyai tali pinggang coklat dalam seni mempertahankan diri karate, agak terkejut apabila dimaklumkan negara ini mempunyai pelbagai seni mempertahankan diri.

Sebagai sebuah negara di Asia Tenggara yang mempunyai pelbagai budaya, katanya, Malaysia mempunyai ruang untuk berkembang dengan baik dalam dunia seni mempertahankan diri meskipun karate dan taekwando bukan berasal dari negara ini.

Sebagai seorang aktor dalam industri perfileman Bollywood, katanya, beliau tidak dapat lari daripada melakukan aksi-aksi pergaduhan dan mendapat asas seni mempertahankan diri dari sebuah sekolah karate di Tamil Nadu.

Melihat keunikan kepelbagaian budaya dan seni mempertahankan diri di negara ini, beliau mahu berada di negara ini untuk selama beberapa minggu bagi melengkapkan pengetahuannya dalam teknik bermain senjata.

Meskipun sudah berusia lebih 50 tahun, Sarathkumar masih berupaya mengekalkan susuk tubuh badan yang menarik serta stamina mantap hasil usahanya sentiasa bersenam di samping mengambil banyak makanan yang kaya dengan protein dan karbohidrat.

Pelakon dan ahli politik terkenal India itu mengaku amat tertarik dengan seni mempertahankan diri Aikido, teknik menjatuhkan lawan dengan selamba tanpa melakukan sebarang pergerakan tubuh yang agresif yang diajar oleh mahaguru S. Venugopal.

Sarathkumar sempat meninggalkan pesan kepada peminatnya di Malaysia supaya mengekalkan keamanan di negara ini dan hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan agama dan kaum. BERNAMA

Guest
Guest


Back to top Go down

Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia Empty Re: Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia

Post by 2Pac Fri Jan 11, 2008 1:28 pm

hahahha .... this is a joke!!!
2Pac
2Pac
VIP Member
VIP Member

Male Number of posts : 838
Location : Pee Jay, Subang, Puchong, KJ, Damansara, KLCC, Bkt Jalil, Sri Petaling and some say in Seremban
Job/hobbies : Cars.. Cars... and Cars...
Humor : Call me to find out....
Registration date : 2007-10-29

Back to top Go down

Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia Empty Re: Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia

Post by Pollathavan Sat Jan 12, 2008 2:25 pm

Looks like some one paid him to give such comments about naam nadu. He must be insane!
Pollathavan
Pollathavan
GodFather - Lord of NAI
GodFather - Lord of NAI

Male Number of posts : 3594
Location : 3rd Rock from the SUN
Job/hobbies : Bharathanathyam & Kung Fu
Humor : Me Dun Hv Any Humor. Me Serious!
Registration date : 2007-10-28

Back to top Go down

Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia Empty Re: Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia

Post by Guest Sun Jan 13, 2008 6:44 pm

Politician dudes....

What you expect other thatn this?

Guest
Guest


Back to top Go down

Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia Empty Re: Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia

Post by Pollathavan Sun Jan 13, 2008 6:49 pm

Unlez he wants to learn Silat then he should be here.
Pollathavan
Pollathavan
GodFather - Lord of NAI
GodFather - Lord of NAI

Male Number of posts : 3594
Location : 3rd Rock from the SUN
Job/hobbies : Bharathanathyam & Kung Fu
Humor : Me Dun Hv Any Humor. Me Serious!
Registration date : 2007-10-28

Back to top Go down

Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia Empty Re: Aktor India mahu pelajari seni pertahanan diri Malaysia

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum